Titisan Karya.

Sunday, July 25, 2010

memandangkan saya mempunyai banyak waktu lapang kerana terbangun terlalu awal, saya ingin menanyakan sesuatu. apakah manusia zaman memang gila harta? harta di dalam konteks ini bermaksud duit (dan hal ini berlaku di dalam pulau yang kecil ini). sebagai contoh: di mana anda pergi, confirm kena pakai duit, betul ke tak? nak makan, harus ada wang. nak pergi dari rumah ke orchard road pun perlukan duit (ERP) jangan sebut tentang membeli barang di pasar, sedangkan troli di pasaraya pun perlukan sedolar. mungkin ini cara pemerintah untuk mengurangkan kegunaan kereta dan kemudahan yang lain, kerana keadaan singapura yang terlalu pesat? atau mungkin ini sesuatu skima demi memperolehi lebih banyak wang supaya negara hendak maju? entahlah. saya pun tengah bingung. baik fikir pasal homework sudah. ini punya hal biar orang tua yang settle. hehehe.

*bahasa pasar yang digunakan semata-mata untuk membuat 'post' ini lebih menarik. harap maklum (:


2:00 PM




M A T A I N

pada pendapat saya, saya merasakan bahawa matain seorang yang sangat nakal dan iri hati. Ini kerana dia melempar tanah dan batu ke arah Sitiawa semata-mata dia cemburu akan ikan gulai yang diperoleh Sitiawa. Ini dapat dilihat pada m/s 127 rangkap 2 - 3. Ini menunjukkan kenakalan dan kedegilan Matain oleh kerana iri hati. Selain daripada melempar tanah ke arah Sitiawa, dia juga mempunyai niat untuk menyabut anak terung Sitiawa yang dapat dilihat pada m/s 127 rangkap 10 di mana dia berkata 'Mahu saja dilanyak batas terung Sitiawa. Biar anak-anak terung Sitiawa mati semuanya. Atau mahu dicabut-cabut saja dengan akar umbinya sekali dan baling jauh-jauh ke luar pagar.'.

matain juga seorang yang biadap terhadap kakaknya, Sitiawa dan juga memilih kasih di antara Sitiawa dan Kak Jarah. Ini kerana matain bertutur dalam bahasa yang kesat terhadap kakaknya, Sitiawa. Ini dapat dilihat apabila Matain berkata 'Awa babi! Awa beruk! Kak Jarah sayang dengan aku. Kak Jarah tidak sayang dengan kamu! Awa babi!!!'.

walaupun dia seorang yang nakal dan biadab, saya merasakan bahawa dia seorang yang tekad dan prihatin. buktinya ialah matain sanggup menyediakan teduh bagi anak-anak terungnya dan berasa bimbang apabila pohonnya layu. dia juga mencari akal bagaimana hendak melaksanakan sesuatu tugas yang mahu dikecapinya. namun, sifat tekadnya telah membawa padah padanya.


1:30 PM
Monday, May 17, 2010


tulis lah hari-hari. jadikan ia suatu amalan


9:06 AM

HIPERBOLA.
PENCAKAR LANGIT
MUKA-MUKA ANJING
HATI SEBESAR DUNIA
BULU MATA SETEBAL ARIZONA
SENTUHAN MENUSUK SANUBARI

EUFEMISME
KAMU KURANG SOPAN
RAMBUT KAMU AGAK IKAL MAYANG
PEMERINTAH KURANG ADIL
BEKAS BANDUAN YANG TIDAK SEBERAPA PANDAI
KAMU KURANG KREATIF




8:52 AM


renungan matamu
tajam bagai pisau yang menikam
ku tunduk
malu
segan
kecewa
seharusnya ku bertukar menjadi putih
dan membenarkanmu berkonflik diri
kerana ku melepaskan kupu-kupu semalam
pada batinmu
sangsi
tidak pasti
curiga
cemburu
renungan matamu
menusuk sanubari
dan ku hanya mencampakkan senyuman
dengan gigi biji mentimun.



8:30 AM
Tuesday, March 16, 2010

B  Mencerakinkan Puisi - Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji

Gurindam Fasal yang Kelima 

Jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu 
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai - 
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Semua stanza berbentuk distikon
Untuk stanza satu, pemahaman saya ialah reputasi sesebuah bangsa itu bergantung kepada kelakuan dan sikap seseorang itu seperti kegunaan budi dan bahasa. Dengan mengetahui adat dan cara sesebuah bangsa, kita dapat mengenal pasti kaum apakah seseorang itu melalui gerak-geri mereka. Apabila seseorang berbuat perkara-perkara yang tidak elok, maka tercemarlah nama baik bangsa tersebut. 

Untuk stanza kedua, pemahaman saya ialah untuk mengenal pasti jika seseorang itu berbahagia, dia akan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dia akan sentiasa berfoya-foya dan tidak serius dengan kelakuannya. Namun, seseorang itu harus belajar daripada kesilapannya; lalu meningkat moral dan nilai diri. Dengan ini, mereka akan lebih tabah.

Untuk stanza ketiga, pemahaman saya ialah kelakuan diri amat penting supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat. Definisi seorang yang mulia ialah apabila seseornag itu berfikiran positif, matang dan berpandangan jauh. Seseorang itu juga harus bersikap sopan dan santun dan tidak berbahasa kasar. Melalui stanza ini, saya juga dapat faham bahawa kelakuan seseorang itu amat penting kerana ia dapat menentukan kalau seseorang itu mulia atau tidak. Untuk menjadi seorang yang mula kita seharusnya menjaga reputasi diri dan keluarga dan menjaga harga diri supaya ridak mencemarkan nama baik keluarga.

Untuk stanza keempat, pemahaman saya ialah kita haruslah blajar daripada orang yang mulia supaya kita juga dapat menjadi seperti mereka. Kita sepatutnya ambil mereka sebagai contoh dalam kehidupan kita. Kita juga tidak seharusnya hanya memandang dan memerhatikan daripada jauh. Kita harus bertanyakan soalan kepada mereka supaya dapat belajar. Apabila kita belajar, kita juga dapat menimba ilmu dan merealisasikan impian untuk menjadi seperti mereka. Orang yang mulia tidak semestinya orang yang berpangkat tinggi atau mempunyai status dalam masyarakat. Namun, ibu bapa kita juga dapat dijadikan sebagai contoh. Dengan pengalaman yang mereka harungi, memang tepat untuk kita mengikuti jejak mereka yang positif.

Untuk stanza kelima, pemahaman saya ialah seseorang yang bijak itu akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh untuk masa hadapan. Masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan menggunakan akal dan bukan emosi. Pengetahuan yang dibekalkan juga untuk kesenangan masa hadapan. Contohnya seperti sesorang pelajar yang belajar dengan tekun pada masa kini akan mendapat ganjaran dalam bentuk kejayaan pada masa kelak kerana usaha yang ditaruhi. 

Untuk stanza keenam, pemahaman saya ialah pemilihan rakan amat penting kerana merekalah yang dapat mempengaruhi seseorang itu. Jika niat mereka baik, perkara yang disampaikan juga baik. Jika niat mereka buruk, maka buruklah perkara yang disampaikan. Kemuliaan seseorang itu juga akan terjejas apabila bercampur dengan unsul-unsul yang tidak elok. Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu akan menunjukkan kemuliaanya depan khalayak yang ramai tetapi menyembunyikannya apabila keseorangan.  








3:50 AM

Namanya Farhanny

di dalam kelas akulah yang paling bising
yang paling becok
yang paling bersemangat(chedebah)
kecil-kecil cili padi
itulah matlamat hidupku
ingat
kecil jangan disangka anak
besar?
haish,
jangan disangka bapa

saya <3 sastera! ayay.

oh, kamu.

Cikgu Sazali Syahirah Hafiz Fuad

deria pendengaran.


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



bercelotehlah.



demi hakcipta.

Designer: Mira Muhayat
Adapted from: Alex Evans